Tuesday, March 9, 2010

Media Terlampau Rosakkan Sistem Pendidikan

Media adalah salah satu ruang pendidikan yang mengajar manusia melalui pengulangan agenda di sebalik setiap paparan yang disajikan bagi mencapai keyakinan kepada setiap pembaca, pendengar dan penonton yang mengikutinya. Keberkesanan penanaman keyakinan dalam menyampaikan sebarang bentuk pengetahuan semasa kepada golongan massa.

Ivan Pavlov, seorang pakar psikologi, fisiologi, antropologi, serat perubatan dari Rusia yang menjadi salah satu individu rujukan paling asas bagi sistem pendidikan di Malaysia melalui penemuan teori tingkahlaku.

TIPS KEPADA PENGGUNA ICT

Tanda-tanda anak terdedah kepada risiko bahaya berpunca ICT

1. Anak banyak menghabiskan masa terlalu banyak dengan internet di sebelah malam.

2. Ibu bapa menjumpai bahan pornografi pada komputer anak-anak.

3. Menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

4. Membuat panggilan (termasuk panggilan jarak jauh)kepada nombor-nombor yang tidak dikenali.

5. Menerima surat ataupun hadiah daripada orang yang tidak dikenali.

6. memadamkan komputer ataupun menukar paparan skrin secara mengejut.


Panduan kepada ibu bapa

1. sentiasa berkomunikasi dan menerangkan kepada anak-anak mengenai risiko dan bahaya yang wujud dalam dunia siber.

2. Ibu bapa perlu meluangkan masa mendengar cerita anak-anak mereka.

3. Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak semasa mereka melayari Internet.

4. Letakkan komputer di ruang tamu yang boleh dilihat oleh semua orang.


Panduan kepada Anak-anak

1. jangan bertemu atau bersemuka dengan orang-orang yang dikenali secara siber.

2. Jangan kirimkan gambar kepada org yang dikenali menerusi sembang maya.

3. Jangan dedahkan butir-butir peribadi seperti nama sebenar, nombor telefon, alamat rumah, nama sekolah, kata laluan dan sebagainya kepada orang yang hanya dikenali secara siber.

4. Jangan melayani mesej ataupun sembang yang berbaur lucah ataupun bersifat seksual.

20 sekolah terhebat di Malaysia

Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

SEKOLAH TERPILIH SBT


Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Dalam era teknologi ini, setiap pelajar harus mengetengahkan bakat dalam pelbagai bidang untuk bersaing di antara satu sama lain. Antara contoh terdekatnya ialah pertandingan mencipta poster. keunikan sesuatu poster terletak pada daya pemikiran kreativiti seorang pelajar. Pembikinan sebuah poster haruslah dapat menarik minat pembaca ataupun khalayaknya dari segi warna, kuantiti mahupun kualiti poster tersebut. Poster yang unik dapat dapat menawan hati pembacanya.

ICT: Teknologi untuk Kebaikan atau Dosa


Cara membendung anak-anak terdedah bahaya internet..

Trend perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menunjukkan bahawa ia akan terus berkembang, menjadi semakin berkuasa, pengguna yang semakin bertambah, aplikasi yang semakin meningkat dan semakin mudah dicapai oleh sesiapa saja di mana-mana dan pada bila-bila masa saja.

Menurut Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuan, Tuan Shaikh Mohd Shaifuddeen Shaikh Mohd Salleh, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini bukan saja digunakan oleh orang dewasa, malah anak-anak dari peringkat sekolah hinggalah ke universiti. ICT membuka ruang lingkup yang luas kepada dunia penjejahan minda anak-anak dengan memberikan peluang kepada mereka mencapai peluang kepada mereka mencapai pelbagai bentuk maklumat berguna bagi pembangunan intelek dan minda mereka.


Setiap teknologi yang dibangunkan oleh manusia bersifat 'serampang dua mata' iaitu boleh mendatangkan manfaat yang besar tetapi pada waktu yang sama boleh membawa kemudaratan. Hakikatnya dunia siber tidak banyak bezanya dengan dunia nyata kerana kedua-duanya kaya dengan kebaikan tetapi turut mempunyai lorong-lorong gelap yang boleh membawa kepada dosa dan maksiat.


Ada dua kategori risiko dan bahaya kepada anak-anak. Pertama, risiko yang terdedah kepada anak-anak akibat perbuatan sendiri secara sengaja ataupun tidak sengaja. Misalnya, memasuki laman-laman web lucah, memuat turun filem-filem tertentu ataupun memasuki bilik-bilik sembang seks. Risiko kedua pula ialah risiko yang berlaku apabila anak-anak berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali di alam siber. Anak-anak mungkin tanpa disedari akan mendedahkan maklumat diri dan keluarga kepada mereka yang tidak bertanggungjawab yang seterusnya mampu mengundang bahaya.

Suatu masa dulu kebimbangan ibu bapa banyak berkisar terhadap capaian anak-anak kepada laman-laman pornografi. Kebimbangan ini masih relevan kerana hari ini bukan sahaja wujud laman-laman pornografi menggunakan pendekatan tapak sesawang konvensional, malahan terdapat alternative-alternatif lain dalam bentuk sembang Internet, blog, jaringan social Internet dan perkongsian fail.

Internet yang bersifat ‘tanpa wajah’ membawa kepada wujudnya golongan yang mengambil kesempatan ke atas anak-anak. Pembuli siber, pemburu seks dan penggemar pedofilia (mereka yang mempunyai keghairahan seks kepada kanak-kanak) ialah antara ancaman-ancaman yang wujud dalam dunia siber tanpa sempadan ini, golongan yang membawa ancaman ini bukan sahaja berada di Malaysia malahan boleh berada di mana-mana sahaja di dunia ini asalkan mempunyai capaian internet.