Tuesday, March 9, 2010

TIPS KEPADA PENGGUNA ICT

Tanda-tanda anak terdedah kepada risiko bahaya berpunca ICT

1. Anak banyak menghabiskan masa terlalu banyak dengan internet di sebelah malam.

2. Ibu bapa menjumpai bahan pornografi pada komputer anak-anak.

3. Menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

4. Membuat panggilan (termasuk panggilan jarak jauh)kepada nombor-nombor yang tidak dikenali.

5. Menerima surat ataupun hadiah daripada orang yang tidak dikenali.

6. memadamkan komputer ataupun menukar paparan skrin secara mengejut.


Panduan kepada ibu bapa

1. sentiasa berkomunikasi dan menerangkan kepada anak-anak mengenai risiko dan bahaya yang wujud dalam dunia siber.

2. Ibu bapa perlu meluangkan masa mendengar cerita anak-anak mereka.

3. Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak semasa mereka melayari Internet.

4. Letakkan komputer di ruang tamu yang boleh dilihat oleh semua orang.


Panduan kepada Anak-anak

1. jangan bertemu atau bersemuka dengan orang-orang yang dikenali secara siber.

2. Jangan kirimkan gambar kepada org yang dikenali menerusi sembang maya.

3. Jangan dedahkan butir-butir peribadi seperti nama sebenar, nombor telefon, alamat rumah, nama sekolah, kata laluan dan sebagainya kepada orang yang hanya dikenali secara siber.

4. Jangan melayani mesej ataupun sembang yang berbaur lucah ataupun bersifat seksual.

2 comments:

  1. penggunaan internet banyak mendatangkan faedah namun, sekiranya penggunaan internet itu digunakan dengan cara yang tidak betul akibatnya macam-macam perkara negatif yang berlaku.

    ibu bapa memang perlu sangat2 memainkan peranan untuk pemantauan terhadap anak2 nye yang mengakses internet nie.. supaya ianya x la digunakan dengan cara yang salah..

    :)

    ReplyDelete